Belajar Bagaimana Hendak
Menjana Pendapatan Lumayan
Melalui Perdagangan Forex

Secara hadir atau belajar di rumah

Kini tidak kira sama ada...............

 Anda sudah mempunyai pekerjaan tetap tetapi anda ingin 
 mencari pendapatan lumayan tambahan atau....
 

 Anda masih menganggur tetapi anda ingin menjana 
 pendapatan lumayan untuk menyara hidup anda dan 
 keluarga atau.....
 

 Anda surirumah yang ingin mencari pendapatan tambahan
 untuk membantu keluarga anda.

Berita baik untuk anda!

Kini anda boleh belajar ilmu perdagangan Forex yang boleh anda lakukan di mana-mana sahaja melalui internet atau telefon bimbit anda pada bila-bila masa 24 jam sehari 5 hari seminggu untuk menjana pendapatan lumayan.

Apa Itu Perdagangan Forex

Forex adalah singkatan daripada perkataan Foreign Exchange atau di dalam bahasa Melayu maknanya ialah Pertukaran Matawang Asing. Dengan lain perkataan Forex (Foreign Exchange) atau Pertukaran Matawang Asing adalah satu perdagangan pertukaran di antara sesuatu matawang asing dengan sesuatu matawang asing yang lain. Forex juga dikatakan perdagangan menjual sesuatu matawang asing dan dalam masa yang sama membeli sesuatu matawang asing yang lain.

Sebagai contoh katakan anda ingin melancong ke Amerika Syarikat. Untuk berbelanja atau membeli belah di sana anda memerlukan matawang Amerika iaitu US Dollar (US$). Katakan kadar pertukaran matawang US Dollar (US$) dengan Ringgit Malaysia (RM) ialah US$1 = RM3.10. Oleh itu katakan anda bercadang untuk menukar atau membeli matawang US Dollar sebanyak US$2,000 untuk dibawa ke Amerika.

Hanya 2 tempat sahaja yang membolehkan anda menukar atau membeli matawang asing iaitu di Bank-Bank Tempatan dan Pengurup Wang (Money Changer) yang berlesen. Maka untuk membeli matawang Amerika sebanyak US$2,000, anda menukarnya atau membelinya di Pengurup Wang (Money Changer). Oleh kerana kadar pertukarannya ialah UD$1 = RM3.10,  maka anda menyerahkan wang sebanyak US$2,000 x 3.10 = RM6,200 untuk menukar atau membeli matawang US$ sebanyak US$2,000 kepada Pengurup Wang (Money Changer) tersebut.

Proses pertukaran ini sama juga dikatakan anda menjual matawang Ringgit Malaysia sebanyak RM6,200 kepada Pengurup Wang (Money Changer) tersebut dan dalam masa yang sama anda juga membeli matawang Dollar Amerika sebanyak US$2,000. Proses inilah yang dikatakan perdagangan forex.

Bagaimana Perdagangan Forex
Boleh Menguntungkan Anda?

Katakan anda membatalkan hasrat anda untuk melancong ke Amerika dan anda mengambil keputusan untuk menyimpan matawang Dollar Amerika sebanyak US$2,000 tersebut. Dalam masa 2 minggu anda menyimpannya, katakan Dollar Amerika telah meningkat dan jika anda ingin menjualnya kembali kadar pertukarannya ialah US$1 = RM3.30. Oleh itu jika anda ingin menukar atau menjual kembali US$,2,000 yang telah anda simpan, anda akan memperolehi keuntungan Ringgit Malaysia sebanyak US$2,000 x 3.30 = RM6,600.   

Untuk menjual US$2,000 yang telah anda simpan, anda perlu menjualnya kembali kepada Pengurup Wang (Money Changer). Kemudian Pengurup Wang (Money Changer) memberi anda wang sebanyak RM6,600 (kadar pertukaran US$1 = 3.30). Oleh itu proses ini dikatakan anda menjual matawang Dollar Amerika sebanyak US$2,000 dan dalam masa yang sama anda membeli Ringgit Malaysia sebanyak RM6,600.

Oleh itu keseluruhan proses perdagangan Forex yang telah anda lakukan ialah pada mulanya anda menjual Ringgit Malaysia sebanyak RM6,200 dan pada masa yang sama anda membeli matawang Dollar Amerika sebanyak US$2,000. Anda menyimpan Dollar Amerika tersebut selama 2 minggu. Kemudian apabila pertukaran matawang Amerika Dollar meningkat anda menjual kembali US$2,000 dan dalam masa yang sama anda membeli pula Ringgit Malaysia sebanyak RM6,600. Maka dengan ini anda telah memperolehi keuntungan sebanyak RM400 dalam masa 2 minggu (RM6,600 - RM6,200 = RM400)

Oleh itu perdagangan Forex ialah perdagangan menjual sesuatu matawang dan dalam masa yang sama anda membeli matawang yang lain pula. Apabila matawang yang anda beli meningkat anda menjualnya kembali dan membeli matawang yang satu lagi.

Perdagangan Forex Melalui Internet

Kini zaman era internet anda tidak perlu menggunakan perkhidmatan bank atau Pengurup Wang (Money Changer) untuk menjual atau membeli sesuatu matawang. Kerana segala jual beli boleh dilakukan melalui internet di rumah atau di mana-mana tempat yang mempunyai akses internet dengan menggunakan perkhidmatan broker-broker Forex yang terletak di luar negara seperti Amerika, Australia, Singpapore, Cyprus dan sebagainya.

Untuk berdagang Forex anda perlu mendaftar dengan salah satu broker Forex tersebut melalui internet dan anda akan diberi satu carta Forex untuk dimuat-turun (download) ke dalam komputer anda. Melalui carta forex tersebutlah anda akan dapat mengetahui pergerakan turun naik harga pasaran Forex dan berapa harga jual dan beli sesuatu matawang.

Melalui carta tersebut juga anda boleh menjual atau membeli sesuatu matawang melalui borang tempahan yang telah di sediakan di dalam carta tersebut.
 

 Apakah Faedah Berdagang Forex Melalui Internet
 

 Tidak Memerlukan Modal Besar

 Anda tidak memerlukan modal besar untuk berdagang Forex. Bermula   
 daripada  US$10 atau lebih kurang RM32 anda sudah boleh berdagang Forex. 
 Bahkan ada broker-broker Forex memberi Modal Percuma sebanyak US$5
 untuk memulakan perdagangan Forex.
 

 Menggunakan Internet Untuk Melihat Nilai Matawang Turun naik

 Untuk melihat pasaran harga saham setiap hari anda perlu ke pejabat broker 
 pasaran saham tersebut. Di sana anda akan dapat melihat nilai sesuatu saham 
 turun atau naik melalui beberapa buah skrin monitor yang dipasang di dalam
 pejabat tersebut.

 Tetapi untuk melihat nilai sesuatu matawang turun atau naik, anda boleh
 menggunakan komputer yang dipasang dengan internet. Ini bermakna anda
 boleh berdagang Forex di rumah atau di pejabat anda atau di mana-mana
 sahaja melalui telefon bimbit yang dipasang dengan internet. Oleh itu anda
 boleh menjana pendapatan di mana-mana asalkan anda mempunyai akses
 internet.
 

 Anda Boleh Berdagang Secara Sambilan

 Oleh kerana anda hanya menggunakan internet untuk melihat nilai sesuatu 
 matawang turun naik, maka anda boleh berdagang Forex secara sambilan
 walaupun anda sudah mempunyai pekerjaan. Maka dengan ini anda boleh  
 memperolehi keuntungan secara sambilan di rumah anda.
 

 Boleh Memperolehi Keuntungan Hanya beberapa Minit Sahaja

 Turun naik nilai sesuatu matawang di dalam perdagangan Forex hanya 
 beberapa saat atau minit. Oleh itu anda boleh memperolehi keuntungan
 hanya beberapa minit sahaja. Maka dengan ini perdagangan Forex adalah satu
 perniagaan atau perdagangan yang paling cepat untuk memperolehi
 keuntungan jika dibandingkan dengan lain-lain perniagaan atau perdagangan.
 

 Beroperasi 24 Jam Sehari

 Pasaran Forex beroperasi 24 jam sehari 5 hari seminggu. Oleh itu anda boleh 
 menjana pendapatan melalui perdagangan Forex melalui internet selama 24
 jam sehari 5 hari seminggu. Ini bermakna walaupun orang lain sedang tidur
 lena, anda masih boleh menjana pendapatan melalui perdagangan Forex.
 

 Transaksi Serta Merta

 Segala transaksi jual beli sesuautu matawang boleh dilakukan serta merta
 melalui internet. Tidak seperti melabur di pasaran saham yang mana transaksi
 jual beli sesuatu saham dilakukan melalui remiser.
 

 Tiada Orang Tengah

 Perdagangan Forex tidak memerlukan orang tengah. Berbanding dengan
 perdagangan atau pelaburan pasaran saham dan komoditi. Transaksi jual beli
 terpaksa dilakukan melalui orang tengah seperti remiser. Untuk menjual atau
 membeli matawang asing anda hanya perlu mengklik pada bahagian jual atau
 beli pada carta Forex di skrin komputer anda. Selepas itu anda boleh 
 memantau perdagangan anda pada bila-bila masa.
 

 Tiada Perlu Membayar Komisen

 Melalui perdagangan Forex anda tidak perlu membayar komisen untuk urusan
 jual beli matawang asing. Keadaan ini berbeza dengan perdagangan di dalam
 pasaran saham di mana setiap kali anda ingin menjual atau membeli sesuatu
 saham anda terpaksa membayar komisen.
 

 Margin Rendah Leverej Tinggi

 Untuk berdagang di dalam forex anda tidak perlu mengeluarkan modal yang 
 banyak. Ini kerana anda akan diberikan leverej sehingga dari nisbah 1:100
 sehingga 1:1,000. Ini bermakna jika anda mengeluarkan modal hanya US$100
 sahaja dan anda memilih leverej 1:500, maka modal anda dibesarkan menjadi
 US$50,000.
 

 Tiada Sesiapa Yang Boleh Mengawal Pasaran Forex

 Oleh kerana pasaran Forex terlalu besar iaitu transaksi lebih kurang 3US$ 
 trillion setiap hari, maka tiada siapa yang boleh mengawal turun naik nilai
 sesuatu matawang. Ini tidak seperti pasaran saham yang mana nilai harga jual
 beli saham akan dipengaruhi oleh kerajaan sesebuah negara dan Lembaga
 Pengarah Syarikat yang memperdagangan saham tersebut.
 

 Pasaran Global Antarabangsa

 Tulang belakang pasaran Forex merupakan jaringan dunia yang terdiri daripada
 bank-bank, syarikat korporat dan kerajaan seluruh dunia. Mereka inilah
 sebagai pedagang-pedagang Forex. Oleh itu pasaran Forex adalah pasaran
 global seluruh dunia.

Percuma Modal Akaun Demo
Sehingga USD$100,000

Sebelum anda mengeluarkan modal untuk membuka akaun sebenar perdagangan Forex, anda boleh membuka Akaun Demo terlebih dahulu untuk membuat latihan. Melalui Akaun Demo anda akan diberi wang maya sehingga USD$100,000. Jika anda merasa yakin yang anda boleh mendapat keuntungan melalui Akaun Demo, maka barulah anda boleh mengeluarkan modal sebenar.

Ada juga Broker Forex memberi anda modal percuma sebanyak USD$5 untuk memulakan perdagangan Forex. Melalui modal ini anda boleh mengembangkan modal anda sehingga beribu-ribu dollar.

 

Bagaimana Forex Boleh Memberi
Keuntungan Dalam Beberapa Minit Sahaja

Bagaimana anda boleh memperolehi keuntungan di dalam beberapa minit sahaja? Sebagai contoh katakan carta di bawah ini adalah carta pasangan matawang EURO dan US$. Mengikut carta di bawah ini harga pasaran semasa matawang EURO ialah 1.2583. Ini bermakna kadar pertukaran matawang EURO berbanding US$ ialah
US$1 = 1.2583 euro.

Katakan anda menjangkakan matawang US$ akan meningkat, maka anda membuat penjualan matawang Euro dan anda membeli matawang US$ dengan kadaran US$1 = 1.2583. Dalam masa 30 minit harga pasaran semasa matawang EURO menjunam ke 1.2503. Di dalam perdagangan Forex, jika matawang EURO menurun matawang US$ meningkat. Oleh itu matawang EURO menurun sebanyak 1.2583 - 1.2580 = 80 point atau dengan lain perkataan matawang US$ meningkat 80 point juga.

Kalau anda menggunakan modal sebanyak US$10 untuk jual beli, keuntungan anda ialah 0.10US$ bagi setiap satu point. Jika anda menggunakan modal US$100, anda akan memperolehi keuntungan US$1 bagi setiap point dan jika anda menggunakan modal US$1,000, anda akan memperolehi keuntungan US$10 bagi setiap point. Oleh itu jika anda menggunakan modal US$50 untuk berdagang dan anda memperolehi keuntungan 50 point, maka anda akan memperolehi keuntungan 0.50US$ X 50 point = US$25 dalam masa 30 minit atau jika ditukar dengan matawang Ringgit anda telah memperolehi keuntungan lebih kurang RM80.00 dalam masa 30 minit sahaja.
 

Bagaimana Hendak Mempelajari Ilmu
Perdagangan Forex

Kini anda berpeluang mempelajari bagaimana hendak berdagang Forex melalui Kursus Perdagangan Forex anjuran DrWan Management Resources. Anda boleh belajar secara hadir sendiri kursus sehari perdagangan Forex atau belajar di rumah melalui kursus jarak jauh yang mana bahan-bahan pelajaran yang berupa ebuku dan cdrom yang boleh di muat-turun ke dalam komputer anda.

Di antara kandungan kursus yang akan anda pelajari ialah:

 Apakah itu perdagangan Forex.
 

 Matawang-matawang yang dijual beli.
 

 Pasangan matawang untuk dijual beli.
 

 Apa yang menyebabkan turun naik sesuatu matawang.
 

 Apa itu Leverej dan bagaimana hendak memilih Leverej.
 

 Bagaimana hendak mendaftar dengan Broker Forex di luar negara.
 

 Bagaimana hendak memuat-turun carta yang disediakan oleh Broker Forex.
 

 Penerangan carta Forex.
 

 Cara-cara hendak menjual atau membeli sesuatu matawang menggunakan 
 Borang Tempahan.
 

 Apa itu Pending Order dan Cara-cara membuat Pending Order.
 

 Pengurusan modal kewangan dan banyak lagi ilmu asas perdagangan Forex
 akan anda pelajari melalui kursus tersebut.

Selain pelajaran asas anda juga akan belajar cara-cara atau strategi untuk memperolehi keuntungan melalui Strategi Forex Dr.Wan. Anda akan diberi PERCUMA Strategi Forex Dr.Wan.
 

Ebuku Membina Kekayaan Melalui Forex

Selain daripada penggunaan Indicators, Signal atau Robot yang menjadi penyumbang besar keatas kerugian Forex, ada lagi faktor-faktor lain yang menyebabkan seseorang itu mengalami kerugian dalam Forex. Oleh itu ebuku ini akan menerangkan secara terperinci apakah faktor-faktor lain yang menyebabkan kerugian di dalam perdagangan Forex. Dengan mempelajari faktor-faktor ini maka dapatlah anda mengetahui apakah yang menyebabkan anda sering memperolehi kerugian di dalam perdagangan Forex dan bagaimana hendak mengelaknya supaya anda tidak lagi mengalami kerugian di dalam perdagangan Forex.Melalui ebuku ini juga anda akan mempelajari bagaimana hendak mengurus modal anda dan bagaimana hendak menggandakannya sehingga anda boleh menjana keuntungan lumayan dan seterusnya membina kekayaan melalui Forex.

Di antara kandungan ebuku tersebut ialah:

 Apakah 6 faktor yang menyebabkan pedagang Forex mengalami 
 kerugian besar dan bagaimana hendak mencegahnya.
 

 Apakah ilmu dan pengetahuan yang perlu anda miliki untuk
 menjana kekayaan di dalam Forex.
 

 Apakah peranan Leverage dan Volume di dalam perdagangan Forex
 dan mengapa ramai pedagang Forex mengalami kerugian di dalam
 Forex disebabkan tidak memahami peranan Leverage dan Volume.
 

 Apakah rahsia atau formula untuk mengganda USD$20 menjadi
 USD$1 Juta dalam masa 185 hari melalui keuntungan 30 PIP sehari
 atau dalam masa 555 hari melalui keuntungan 10 PIP sehari atau
 1110 hari melalui keuntungan hanya 5 PIP sehari.
 

 Bagaimana hendak mengurus kewangan anda di dalam
 perdagangan Forex.
 

 Bagaimana hendak membuat perancangan perniagaan (business 
 plan) secara terperinci untuk membolehkan anda menjana
 pendapatan lumayan atau membina kekayaan di dalam Forex.

Banyak lagi ilmu tentang Forex yang akan anda pelajari melalui ebuku tersebut yang mungkin belum anda pelajari sebelum ini. Apa yang paling penting dengan memiliki ebuku ini ialah anda berpeluang mempelajari secara terperinci bagaimana dengan modal kecil anda boleh memperolehi pendapatan yang lumayan dan seterusnya memperolehi kekayaan di dalam perdagangan Forex. Semoga selepas mempelajari segala kandungan ebuku ini, minda anda akan terbuka dan anda berasa yakin bahawa pada suatu hari nanti anda juga mampu meraih pendapatan yang lumayan atau meraih kekayaan di dalam Forex tidak kira  apa kedudukan anda sekarang dan berapa lama masa yang anda ambil untuk meraih kekayaan di dunia ini.


Cdrom Strategi Forex Dr.Wan Bahagian 1
(boleh download terus ke dalam komputer)

Strategi Forex Dr.Wan bahagian 1 yang terkandung di dalam cdrom bahagian 1 adalah berupa pelajaran teori yang mengandungi 4 strategi yang boleh memberikan keuntungan kepada anda. Melalui 4 strategi tersebut anda akan diajar bagaimana hendak memperolehi "Keuntungan Segera". Ini bermakna tidak kira sama ada harga pasaran Forex meningkat atau menurun anda tetap memperolehi "Keuntungan Segera".

Jika anda tidak memperolehi "Keuntungan Segera'", "Keuntungan Segera" tidak akan bertukar menjadi kerugian. Sebaliknya ia akan bertukar menjadi "Kerugian Terapung". "Kerugian Terapung" hanyalah bentuk sementara yang boleh ditukar menjadi "Keuntungan Segera" kembali. Oleh itu melalui strategi-strategi tersebut, amat sukar bagi anda memperolehi kerugian yang banyak bahkan anda boleh memperolehi keuntungan berganda.

Setiap strategi yang diajar melalui program bahagian 1 menggunakan Bahasa Melayu yang mudah difahami dan dengan bantuan gambarajah-gambarajah carta yang sebenar. Setiap strategi juga diajar secara langkah demi langkah dari A hinggalah Z.

Jika anda tidak memahami sesuatu strategi, anda boleh rujuk kepada pelajaran praktikal yang berupa video-video bagaimana hendak melakukan sesuatu strategi. Setiap video di dalam program bahagian 1 menggunakan suara Dr.Wan sendiri. Oleh itu dengan belajar melalui   

video-video tersebut, seolah-olah anda belajar sendiri dengan Dr.Wan tanpa menghadiri seminar atau kursus Strategi Forex Dr.Wan.

Oleh itu jika selama ini anda terlalu sukar untuk memperolehi keuntungan melalui Forex kerana anda menggunakan ramalan Indicators, Signal atau Robot, maka dengan Strategi Forex Dr.Wan anda boleh memperolehi keuntungan dengan mudah.

Di antara faedah dan keuntungan menggunakan Strategi Forex Dr.Wan bahagian 1 ialah:

 Keempat strategi yang akan diajar kepada anda berkonsepkan
 memasang perangkap. Oleh itu tidak kira apa keadaan pasaran
 Forex sama ada meningkat atau menurun anda tetap memperolehi
 "keuntungan segera".
 
 Anda boleh memilih salah satu atau dua strategi yang benar-benar
 memberi keuntungan kepada anda.
 
 Melalui keempat-empat strategi tersebut anda boleh memperolehi
 keuntungan 24 jam sehari dan 5 hari seminggu.
 
 Setiap strategi mudah diikuti kerana anda diajar secara langkah
 demi langkah melalui pelajaran teori dan video berpraktikal.
 
 Anda boleh berdagang tanpa merasa takut akan kehabisan modal
 anda.
 
Melalui Strategi Forex Dr.Wan, andalah yang mengawal perdagangan anda dan bukannya Robot.
 
 Melalui Strategi Forex Dr.Wan, anda lebih merasa yakin yang anda
 boleh menjana pendapatan lumayan di dalam perdagangan forex.

Banyak lagi ilmu, pengetahuan dan kemahiran berdagang Forex yang akan anda pelajari melalui Strategi Forex Dr.Wan bahagian 1.

Cdrom Strategi Forex Dr.Wan Bahagian 2
(boleh download terus ke dalam komputer)

Strategi Forex Dr.Wan bahagian 2 mengandungi 4 strategi juga. Di dalam program bahagian 1 anda diajar bagaimana hendak memperolehi "Keuntungan Segera". Jika anda tidak memperolehi "Keuntungan Segera" ia akan bertukar menjadi  "Kerugian Terapung" dan kerugian ini hanya sementara sahaja belum lagi ditolak daripada akaun anda.

Melalui program bahagian 2 ini, anda akan belajar menggunakan 4 strategi bagaimana hendak menukar "Kerugian Terapung" kepada "Keuntungan Segera" Kembali. Setiap strategi yang diajar melalui program bahagian 2 juga menggunakan Bahasa Melayu yang mudah difahami dan dengan bantuan gambarajah-gambarajah carta yang sebenar. Supaya anda benar-benar memahami setiap strategi yang diajarkan kepada anda.

 

Ilmu, pengetahuan atau kemahiran yang paling penting di dalam Strategi Forex Dr.Wan adalah terkandung di dalam bahagian 2 ini. Ini kerana strategi-strategi yang terkandung di dalam bahagian 1 mudah dilakukan serta mudah untuk memperolehi "keuntungan segera" tidak kira sama ada harga pasaran Forex meningkat atau menurun. Jika anda tidak memperolehi "keuntungan segera" anda akan memperolehi "kerugian terapung".

Di dalam bahagian 2 inilah anda akan belajar jika anda memperolehi "kerugian terapung", bagaimana hendak menukar "kerugian terapung" tersebut kepada "keuntungan segera" kembali. Jika anda mahir di dalam strategi-strategi yang terkandung di dalam bahagian 2 ini, maka dengan mudah anda akan memperolehi keuntungan dan seterusnya membina kekayaan melalui Forex.

Pelajaran Video berpraktikal di dalam bahagian ini juga menggunakan suara Dr.Wan sendiri. Oleh itu dengan memiliki program bahagian kedua ini juga seolah-olah anda belajar

Strategi Forex Dr.Wan secara terus daripada Dr.Wan sendiri.

Apa yang paling penting ialah anda boleh mengulangi beberapa setiap strategi yang anda suka, sehinggalah anda benar-benar memahami setiap strategi yang terkandung di dalam bahagian 2 ini.

Dengan belajar melalui video pelajaran praktikal ini seolah-olah anda sedang belajar kesemua Strategi Forex Dr.Wan secara hadir di dalam seminar-seminar atau kursus-kursus Forex. Ini kerana setiap video pelajaran praktikal telah diprogramkan untuk merakam segala pergerakan harga pasaran Forex seperti mana di dalam carta sebenar.


Percuma Cdrom "SISTEM FOREX DR.WAN -
VERSI HANDPHONE ATAU PDA"
(BOLEH DI MUAT-TURUN)

Dengan memiliki Strategi Forex Dr.Wan bahagian 1 dan 2  anda akan diberi PERCUMA cdrom yang mengandungi panduan atau cara-cara trading Forex menggunakan Handphone atau PDA. Melalui cdrom tersebut anda diajar secara langkah demi langkah bagaimana hendak trading Forex menggunakan handphone atau PDA. Cdrom tersebut mengandungi gambarajah-gambarajah serta video-video animasi berupa pelajaran praktikal.

Oleh itu mudah bagi anda untuk mempelajari serta memahami segala teknik bagaimana hendak berdagang Forex menggunakan telefon bimbit atau handphone

Di antara tajuk-tajuk yang akan anda pelajari melalui cdrom tersebut ialah:
 

 Apakah jenis-jenis Handphone yang boleh digunakan untuk trading
 Forex.
 

 Bagaimana hendak memasukkan perisian Forex ke dalam
 Handphone atau PDA.
 

 Bagaimana hendak menggunakan Handphone atau PDA trading
 Forex.
 

 Bagaimana hendak menggunakan strategi-strategi Forex Dr.wan
 melalui Handphone atau PDA.
 

 Cara mudah memperolehi keuntungan trading Forex melalui
 Handphone atau PDA dan bermacam-macam lagi yang akan anda
 pelajari melalui cdrom tersebut.

Dengan memiliki cdrom tersebut anda berpeluang menggunakan Handphone atau PDA untuk trading Forex. Maka dengan ini anda boleh trading forex pada bila-bila masa dan tidak kira di mana anda berada asalkan tempat tersebut mempunyai akses internet. Ini bermakna walaupun anda sedang menonton TV, sedang minum petang, sedang berehat, sedang bermesyuarat, sedang berbaring, sedang membeli-belah anda boleh trading Forex dan seterusnya boleh menjana keuntungan di dalam Forex.


PERCUMA MENJADI AHLI
KELAB AKADEMI FOREX

Dengan mempelajari Strategi Forex Dr.Wan secara automatik anda telah menjadi ahli Kelab Akademi Forex. Sebagai seorang ahli Kelab Akademi Forex anda berpeluang menerima khidmat nasihat percuma selama 1 tahun daripada Kelab Akademi Forex serta anda berpeluang membuka laman web rahsia Kelab Akademi Forex yang penuh dengan panduan-panduan yang berupa artikel motivasi, tip-tip keuntungan dan pelbagai lagi. Di antara panduan yang terdapat di dalam laman web rahsia Kelab Akademi Forex ialah:
 

 Waktu yang paling sesuai untuk trading supaya memperolehi
 keuntungan.
 

 Bagaimana Broker Forex boleh menipu anda.
 

 Bagaimana hendak mengetahui sama ada Broker anda menipu anda
 atau tidak.
 

 Bagaimana hendak mengelak daripada penipuan Broker Forex.
 

 14 tabiat yang merugikan pedagang-pedagang Forex.
 

 Bagaimana hendak memilih Broker yang tidak mengenakan SWAP.
 

 Bagaimana hendak memilih Broker yang boleh dipercayai.
 

 Bagaimana hendak menggandakan USD$20 menjadi USD$1 Juta
 dalam masa 550 hari dengan 10 PIP sehari.
 

 Perlunya disiplin diri untuk meraih keuntungan di dalam Forex.
 

Bagaimana hendak mendapatkan Kad Debit luar negara untuk mengeluarkan wang Forex anda.

Banyak lagi panduan-panduan yang terdapat di dalam laman web rahsia Kelab Akademi Forex. Selain daripada panduan-panduan, ruangan soal jawab juga disediakan untuk menjawab segala masalah yang akan anda hadapi.

Username dan Password akan di hantar kepada anda melalui sms atau email anda dalam masa seminggu selepas anda memiliki Strategi Forex Dr.Wan.

Bagaimana Hendak Menyertai
Kursus Perdagangan Forex

Ada 2 cara anda boleh mempelajari Perdagangan Forex iaitu melalui kursus jarak jauh atau melalui kursus secara hadir di tempat-tempat yang akan ditentukan di dalam jadual kursus. Sila lihat jadual tarikh dan tempat kursus di bawah ini.

Kursus Perdagangan Forex
Secara Jarak Jauh

Kursus Perdagangan Forex Secara Jarak Jauh dikhususkan untuk peserta-peserta yang tidak mempunyai masa untuk belajar secara hadir. Segala bahan pelajaran adalah berupa:

 Nota pelajaran asas Forex.
 

 Ebuku "Membina Kekayaan Melalui Forex".
 

 Cdrom asas pelajaran Perdagangan Forex (boleh download).
 

 Cdrom Strategi Forex Dr.Wan bahagian 1 (boleh download).
 

 Cdrom Strategi Forex Dr.Wan bahagian 2 (boleh download).
 

 Cdrom panduan Perdagangan Forex menggunakan telefon bimbit (Handphone). 
 akan dihantar kepada peserta melalui email.
 

Bayaran Kursus Secara Jarak-Jauh

Bayaran kursus Perdagangan Forex Secara Jarak Jauh hanya RM200. Bayaran tersebut termasuk bahan-bahan pelajaran seperti di atas.


BAYARAN KURSUS
PERDAGANGAN FOREX
SECARA JARAK JAUH

RM200
 

Bagaimana hendak membuat bayaran
Kursus Secara Jarak-Jauh

Pembayaran melalui bank

Jika anda tinggal di Malaysia anda boleh membuat bayaran sebanyak RM200 melalui salah satu Bank tempatan berikut. Bayaran tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam nombor akaun salah satu bank berikut:

162777065306
 


 

1244-0089957-523

11806100021033

Semua akaun atas nama Nor Hayati Mohd Zain

Pembayaran melalui kad kredit atau kad debit

Jika anda tinggal di Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia dan lain-lain negara, anda boleh membuat pembayaran melalui PayPal, Kad Debit atau Kad Kredit.  klik bebutang Buy Now seperti di bawah.

Jika anda ingin membuat pembayaran melalui PayPal Klik "Have a PayPal account?" dan jika anda ingin membuat pembayaran melalui Kad Debit atau Kad Kredit klik "Don't have a PayPal account?". Kemudian pilih bayaran mengikut matawang dan isikan Borang Order yang disediakan.

Bagi anda yang tinggal di Malaysia, selepas anda membuat bayaran sama ada melalui Bank, PayPal, Kad Debit atau Kad Kredit, sms nama penuh, email anda dan nama bank ke nombor 012-2442833.

Sebaik sahaja kami menerima sms anda, kami akan sms kepada anda alamat laman web untuk download:
 

 Ebuku "Panduan Berdagang Forex".
 

 Ebuku "Membina Kekayaan Melalui Forex".

Kemudian kami akan menghantar bahan-bahan pelajaran teori dan praktikal yang terkandung di dalam cdrom seperti di bawah ke email anda.
 

 Cdrom cara-cara berdagang forex.
 

 Cdrom Strategi Forex Dr.Wan bahagian 1.
 

 Cdrom Strategi Forex Dr.Wan bahagian 2.

Username dan password untuk membuka laman web ahli Kelab Akademi Forex akan di hantar melalui sms anda dalam masa 2 atau 3 hari.

Kursus Perdagangan Forex Secara Hadir

Kursus Perdagangan Forex Secara Hadir akan diadakan di tempat seperti di bawah ini. Melalui kursus secara hadir anda berpeluang mempelajari secara langkah demi langkah bagaimana hendak berdagang Forex. Apa yang paling penting jika anda mengikuti kursus secara hadir ialah anda boleh bertanya terus kepada penceramah jika anda tidak memahami sesuatu pelajaran. Melalui kursus tersebut juga anda akan mendapat bahan-bahan pelajaran seperti berikut:
 

 Nota pelajaran asas Forex.
 

 Ebuku "Membina Kekayaan Melalui Forex".
 

 Cdrom asas pelajaran Perdagangan Forex.
 

 Cdrom Strategi Forex Dr.Wan bahagian 1.
 

 Cdrom Strategi Forex Dr.Wan bahagian 2.
 

 Cdrom panduan Perdagangan Forex menggunakan telefon bimbit (Handphone).

 

Tempat & Tarikh Kursus
 

NEGERI

TEMPAT

TARIKH

MASA

K. LUMPUR & SELANGOR


    KOMPLEKS 3K,
    JALAN SS13/1,
    PESIARAN KEWAJIPAN
    47500 SUBANG JAYA 
    SELANGOR.


 

8 JULAI 2012
(HARI AHAD)

9.30PG - 5.00 PTG


Bayaran Kursus Secara Hadir

Bayaran untuk menghadiri kursus Perdagangan Forex Secara Hadir hanya RM300.00 sahaja jika kursus tersebut diadakan di Semenanjung Malaysia dan RM350.00 jika kursus tersebut diadakan di Sabah atau Sarawak. Bayaran tersebut termasuk:
 

 Bahan-bahan pelajaran seperti di atas berupa nota, ebuku dan cdrom program
 Strategi Forex Dr.Wan.
 

 Khidmat nasihat percuma.
 

 Makan Tengahari, Minuman pagi dan minuman petang.

 


BAYARAN KURSUS
1 HARI HANYA

RM300
(Semenanjung Malaysia)

RM350

(Sabah, Sarawak, Brunei & Singapura)
 

Tempah tempat kursus anda hari ini juga.

Jaminan Bayaran Kursus
Dikembalikan

 

Selepas anda tamat menghadiri kursus ini dan anda dapati kursus ini tidak boleh mendatangkan keuntungan kepada anda, anda boleh meminta bayaran kursus dikembalikan.

Tertakluk dengan syarat-syarat berikut:

 Anda telah menghadiri sepenuhnya kursus ini.
 
 Anda boleh meminta bayaran dikembalikan
 sebaik sahaja kursus ini tamat.
 
 Anda telah memulangkan segala ebuku, nota
 dan cdrom yang diberikan kepada anda.

Cara Membuat Bayaran Kursus
Perdagangan Forex Secara Hadir

Pembayaran Melalui Bank

1. Pilih tarikh dan tempat kursus yang ingin anda sertai.

2. Buat bayaran pendahuluan sebanyak RM100 (jika kursus di semenanjung 
    Malaysia) atau RM150 (jika kursus di Sabah & Sarawak) sebagai pengesahan
    tempat seminar. 

3. Bayaran pendahuluan tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam nombor akaun
    salah satu bank berikut:

 


 

162777065306
 


 

1244-0089957-523

11806100021033

Semua akaun atas nama Nor Hayati Mohd Zain

4. Selepas anda membuat bayaran pendahuluan, sms nama penuh, alamat anda
    dan nama bank ke nombor
012-2442833 .

5. Baki bayaran sebanyak RM200 (kursus di semenanjung Malaysia) atau RM200
    (kursus di Sabah & Sarawak) hendaklah dijelaskan semasa anda menghadiri
    kursus.

6. Bawa resit pembayaran pendahuluan yang telah dibuat semasa menghadiri
    kursus.

Pembayaran Melalui Kad Kredit atau Kad Debit

Anda boleh membuat pembayaran melalui PayPal atau Kad Kredit atau Kad Debit dengan membuat pembayaran jumlah penuh yuran kursus. Pilih jumlah bayaran tertentu sebagai contoh jika kursus diadakan di Semenanjung Malaysia pilih "Semenanjung Malaysia RM300.00" dan jika kursus diadakan di Sabah dan Sarawak pilih "Sabah & Sarawak RM350.00" di dalam ruangan "Pilih Jenis Bayaran". Kemudian klik bebutang Buy Now seperti di bawah.

Jika anda ingin membuat pembayaran melalui PayPal Klik "Have a PayPal account?" dan jika anda ingin membuat pembayaran melalui Kad Kredit klik "Don't have a PayPal account?"

Pilih Bayaran

Selepas anda membuat bayaran penuh melalui PayPal atau Kad Kredit, sms nama penuh, alamat anda ke nombor 012-2442833

Pengambilan berdasarkan siapa dahulu di dahulukan

Sebarang pertanyaan sila hubungi 012-2442833.

DrWan Management Resources.
42-2 Jalan Bandar Tiga
Pusat Bandar Puchong
47100 Puchong Selangor D. E.